Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!

[AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN!]

Ramadhan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam baru sahaja menjengah. Saban tahun, bulan Ramadhan disambut dengan pelbagai cara berbeza di seluruh pelusuk dunia. Ramadhan membawa erti berbeza, khususnya buat umat Islam, kerana di bulan ini kita dijanjikan dengan pelbagai kemuliaan dan ganjaran pahala yang berlipatkali ganda saat melakukan ibadah.
Istimewanya Ramadhan di hati umat Islam, sehingga ianya berjaya menghimpunkan pelbagai kebiasaan yang hanya terdapat pada bulan tersebut, tidak pada bulan-bulan lain.

‘Masjid hopping’, bazar ramadhan dan Madinah Ramadhan hanyalah sebahagian daripada banyaknya istilah-istilah yang hanya popular pada bulan ini. Namun, tatkala ini, dalam ujian pandemik yang masih berlarutan, kita perlu mengadaptasi norma-norma baharu dalam sambutan Ramadhan kita, melupakan keseronokan-keseronokan untuk berhimpun ramai, meskipun hanya untuk bersolat tarawikh berjemaah di masjid untuk sementara waktu, supaya kita dapat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera selepas berakhirnya ujian ini.

Kami daripada pihak Daily Kampus ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan buat seluruh umat Islam, khususnya kepada warga UIAM, walau di mana jua anda berada. Stay In, Stay Safe. Ayuh kita sama-sama kejar kemuliaan Ramadhan dengan pelbagai pesta ibadah dan ilmu di samping keluarga atau para sahabat.

Daily Kampus – Portal Mahasiswa Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *