Daily Kampus – EDISI KHAS IIUM STARZ
Edisi khas IIUM STARZ dengan mengangkat tema “Cendekiawan UIAM, Inspirasi Sejagat” kali ini memaparkan Dato’ Dr. Daud Bakar, Presiden UIAM yang ke-8.
Beliau juga merupakan individu yang tidak asing lagi dalam Dunia Kewangan Islam.
Beberapa tokoh cerdik pandai yang telah banyak menempah nama dan menabur bakti di peringkat antarabangsa diketengahkan kepada warga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) melalui biografi tokoh dan rahsia kejayaan mereka yang kami gali dan sediakan untuk tauladan bersama.
Obsesi masyarakat kini kepada ‘Insta Famous’ tidak dapat menafikan
keperluan masyarakat kepada pemugaran idealisme dan teladan dalam usaha mendidik mahasiswa.
Baca penuh biografi tokoh di laman web rasmi DK:https://dailykampus.net/…/iium-starz-dato-dr-daud-bakar/
Sebarang komen dan cadangan boleh utarakan di ruang komen atau email ke [email protected]
“Daily Kampus – Portal Mahasiswa Anda”