UIAM Gombak
Semboyang PRK UIAM dipalu sejurus berlangsungnya penamaan calon pada hari ini bertempat di Conference Room CAC.
Sekali lagi universiti ternama di Malaysia ini mencatatkan sejarah yang memalukan apabila pihak pengurusan pilihan raya kampus sesi 16/17 menidakkan hak seorang calon daripada kuliyyah pendidikan untuk turut bertanding.
Cukup menggemparkan apabila senarai nama calon-calon yang diluluskan untuk bertanding dikeluarkan dan ketika itu hanya nama saudari Nordiana Afifah Binti Mohd Nadzri iaitu calon bagi kerusi di kuliyyah pendidikan tiada dalam senarai tersebut. Hal ini mendesak beliau untuk mempertikaikan hak atas keputusan tersebut. Beliau dinafikan hak bertanding tanpa sebarang alasan yang munasabah.
Beliau yang merupakan pelajar tahun 3 di kuliyyah pendidikan ialah seorang pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Tiada sebab untuk pihak UIA menolak calon yang berkaliber ini. Adakah pihak UIA sudah tidak mahu calon yang hebat dari kedua-dua aspek (akademik dan kokurikulum) lagi?
Atas apa yang berlaku, persatuan ‘We Unite for Islam (WUFI)’ mengambil inisiatif tampil untuk membela nasib dan hak saudari Diana Afifah. Sesekali mereka tidak akan biarkan PRK UIAM dicemari dengan campur tangan pihak atasan. Walaubagaimanapun, kedegilan pihak pentadbiran UIA untuk tidak mengendahkan bantahan dan rayuan daripada saudari Diana Afifah.
Menurut statement yang dikeluarkan saudari Diana, beliau merakamkan rasa kesal, dan berharap agak pihak berautoriti dapat membuat pertimbangan yang lebih telus dan professional serta mengangkat nilai integriti tanpa mengira kepentingan mana-mana pihak.
Hari ini pasti tidak akan dilupai oleh mahasiswa universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. Sejarah kebobrokan sistem yang ada di UIA Gombak akan terus berkekalan selagi mahasiswa tidak mengambil tindakan dan bersuara. Tolak ketidakadilan, bersihkan PRK!
