UIAM GOMBAK
Student Representative Committee (SRC) mengambil langkah yang efisyen untuk menyemai budaya membaca dalam kalangan mahasiswa UIAM melalui penganjuran Projek I Iqra’. Melalui projek ini, beberapa inisiatif telah diambil oleh mereka untuk menyuburkan lagi budaya membaca yang kian pudar belakangan ini.
Disamping itu, projek ini bertujuan memartabatkan ilmu ke peringkat lebih tinggi serta melahirkan insan yang memanfaatkan ilmu yang diperoleh.
“Kami mengharapkan ada ‘outcome’ yang lebih besar dalam penganjuran projek ini, iaitu kesedaran dalam diri setiap pelajar tentang kepentingan ilmu dan bersedia menggalas amanah ilmu dengan cara menyumbang semula kepada masyarakat”, ujar Pengarah Program, Saudari Diyana Najwa ketika ditemubual oleh team IIUM Daily di tapak Festival I Iqra’ semalam.
“Festival ini merupakan program penutup kepada Projek I Iqra untuk semester ini” , kata beliau.
Antara tujuan festival I Iqra’ adalah sebagai ‘fund raising’ untuk membeli buku dan rak buku untuk diletakkan di setiap kuliyah.
Mengenai sambut pelajar, beliau menggalakkan KBS dan persatuan-persatuan di UIAM memberi sepenuh partisipasi dan sokongan terhadap gagasan yang dibawa dengan merancakkan lagi penganjuran diskusi ilmu dibumi UIAM.
“Kalau lihat di universiti lain, program ini disokong sepenuhnya oleh pihak universiti itu sendiri. Contohnya USIM, projek ‘mini library’ dijana oleh kerajaaan Negeri Sembilan dan kebanyakan rak bukunya berbentuk minangkabau” kata Diyana Najwa.
Penganjur mengharapkan membaca mampu menjadi sebahagian hobi setiap pelajar di universiti. Semoga program ini mampu diteruskan lagi pada semester akan datang dengan skala dan provision yang lengkap.