I-IQRA’: Pencetus Intelektualisme

I-IQRA’ Project merupakan satu kempen yang dilancarkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar sesi 15/16 untuk memupuk budaya cintakan membaca dalam kalangan mahasiswa UIAM.

Objektif utama kempen ini untuk menggalakkan amalan membaca dan juga menyuburkan budaya intelektualisme dalam kalangan komuniti UIAM.

Oleh yang demikian, pelbagai cara telah dilakukan bagi menjayakan kempen ini antaranya mengemas kini rak buku di setiap kuliyyah dengan cara membeli rak buku baru dan meletakkan rak di sudut yang strategik di kuliyyah. Proses pelaksanaan kempen ini bukanlah satu proses yang mudah kerana barisan jawatankuasa perlu bertungkus-lumus untuk mendapatkan sumbangan buku daripada pelajar UIAM sendiri dan juga daripada pihak luar.

Di samping itu, I-IQRA’ project juga memperkenalkan beberapa program lain seperti penerbitan rakaman ulasan buku ,ulasan filem, dan juga I-IQRA’ Ikon. Rakaman bedah buku daripada figura-figura terkenal di UIAM seperti Presiden MPP sendiri untuk mempromosikan lagi kempen ini. I-IQRA’ project akan menemui komuniti UIAM dalam program kemuncak mereka bagi semester ini iaitu Pameran Buku yang dijadualkan pada awal bulan Mei depan.

Akhir kata, diharapkan agar warga UIAM mempergiat diri membaca bahan bacaan yang bermanfaat agar kita mampu mengangkat martabat ilmu ke maqam yang lebih tinggi.

“Membaca jambatan ilmu”.

#Read4IIUM
#Read4Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *