ISLA 2020 : Usul Bertanding Atas Tiket Front Ditolak, IIUM Student Union Terus Mengorak Langkah

[ISLA 2020 : USUL BERTANDING ATAS TIKET FRONT DITOLAK, IIUM STUDENT UNION TERUS MENGORAK LANGKAH]

GOMBAK, 5 Mac – Ahad lalu, kira-kira jam 10 pagi hingga 5 petang, telah berlangsung Persidangan Ketua-Ketua Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) atau lebih dikenali dengan nama IIUM Student Leaders’ Assembly (ISLA) yang bertempat di Conference Room Kulliyyah of Information and Communication Technology (KICT). Daripada keseluruhan hampir seratus total bilangan ketua pelajar, seramai 60 orang direkodkan hadir.

Persidangan ini membincangkan tiga agenda utama iaitu Pengenalan IIUM Students Union, pengesahan undang-undang dan peraturan Pilihan Raya IIUM Student Union serta pengesahan peraturan dan tatacara pelaksanaan ISLA atau ‘Standing Order ISLA’ itu sendiri.

Pengesahan Undang-undang dan Peraturan IIUM Student Union telah diterima tanpa pindaan. Mengikut peraturan Pilihan Raya IIUM Student Union, setiap calon yang bertanding mesti bertanding atas tiket individu dan tidak mewakili mana-mana front. Salah satu pindaan yang telah dicadangkan untuk memberi keizinan kepada calon untuk bertanding atas tiket front telah ditolak.

Selain itu, satu usul tergempar yang dicadangkan oleh perwakilan pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) IIUM turut mendapat perhatian, Muhammad Nasrul Mohamed Nor daripada Kulliyyah Of Islamic Revealed Knowledge and Human Science (IRKHS) berkaitan dengan cadangan cara pemilihan perwakilan pelajar-pelajar OKU di kampus UIAM Gombak. Hal ini kerana, sebelum ini cara pemilihan perwakilan pelajar-pelajar OKU sebelum ini adalah dengan cara pelantikan dan bukan dengan cara demokrasi. Cadangan usul yang dibawa oleh Saudara Nasrul diterima sebagai cadangan penambahbaikan.

Sehubungan dengan itu, para pelajar UIAM diharapkan terus memberikan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap pembentukan IIUM Student Union yang bertujuan memberi manfaat lebih besar kepada pelajar. Lawatan Penanda Aras oleh wakil pelajar ke United Kingdom pada tahun lalu memperlihatkan harapan besar agar IIUM Student Union segera dapat direalisasikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *