Kenali Prof. Emeritus Tan Sri Ahmad Ibrahim

Daily Kampus – EDISI KHAS IIUM STARZ

PROFESOR EMERITUS TAN SRI AHMAD IBRAHIM BIN MOHAMED IBRAHIM (1916-1999)

“Bapa Undang-undang Malaysia”

Allahyarham Profesor Emeritus Tan Sri Ahmad bin Mohamed Ibrahim merupakan tokoh undang-undang Islam di Malaysia dan diktiraf sebagai Bapa Undang-undang Malaysia.

Maka, tidak hairanlah apabila Kulliyyah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengambil nama bersempena nama permata pengislahan perundangan Islam ini. Bahkan ramai para sarjana undang-undang memanggil beliau “The Walking Encyclopedia”

Berikut anugerah dan pengiktirafan antarabangsa:

1)Pingat Muhammad Iqbal dari negara Pakistan.

2)Exhibitioner and Scholar of St. John’s College, Cambridge.

3)George Long Prize for Roman Law and McMahon Law Student, St. John’s College, Cambridge.

Antara sumbangan terbesar beliau yang sehingga kini masih mengalir manfaat dan menjadi amal jariah beliau:

1)Terlibat secara langsung di dalam peristiwa Natrah.Beliau menjadi peguambela semasa perbicaraan Natrah yang hendak dimurtadkan di Singapura pada tahun 1950. Mula dikenali sebagai hero umat islam ketika itu.

2) Beliau telah menubuhkan AKta Pentadbiran Undang-undang Islam 1996 yang menjadi perintis penubuhan Mahkamah Syariah di
Singapura. Dengan akta tersebut membolehkan wujudnya Majlis Ugama Islam Singapura(MUIS) yang berperanan menjaga komuniti Muslim di Singapura.

3) Pengasas kepada Kulliyah Undang-Undang di UIAM, yang mengabungkan menggabungkan pengajian undang-undang sivil dan undang-undang Islam.

4) Terlibat menubuhkan Akta Bank Islam 1983, kesan akta tersebut adalah tertubuhnya Bank Islam yang pertama iaitu Bank Islam
Malaysia Berhad.

5) Memartabatkan undang-undang
syariah adalah penggubalan Artikel 121 Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan Fasal (1A). Fasal (1A) Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa mendengar apa-apa perkara yang berada dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Kejayaan dan sumbangan besar ini lahir tidak lain tidak kerana prinsip yang jelas dan ketokohan peribadi peguam muslim yang beliau titipkan untuk generasi kini. Walaupun kedengaran ringan namun keteguhan prinsip beliau inilah yang semakin terhakis dalam pegangan muslim alaf ini.

“Undang-undang Islam merupakan undang-undang yang paling baik kerana ia
diturunkan oleh Allah yang bersifat Maha Mengetahui, Maha Adil.”

“Cendekiawan UIAM, Inspirasi Sejagat”

Rujukan
1)https://www.thepatriots.asia/prof-ahmad-ibrahim-tokoh…/
2)https://abusaifuddin.wordpress.com/…/biodata-ringkas…/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *