Kerjasama Antara Kulliyah dan Front Disambut Baik Presiden ENGINIUS dan ICTSS

[KERJASAMA ANTARA KULLIYYAH DAN FRONT DISAMBUT BAIK PRESIDEN ENGINIUS DAN ICTSS]

Wawancara pada kali ini terdapat sedikit kelainan kerana kami telah menampilkan dua orang presiden sekaligus dalam satu sesi iaitu Saudara Azman Fariez, Presiden Persatuan Mahasiswa Kulliyyah Kejuruteraan dan Saudara Muhammad Faizuddin yang merupakan Presiden Persatuan Mahasiswa Kulliyyah Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Wabak Covid-19 telah merubah semua norma kehidupan khususnya para siswa dan siswi. Kebanyakan mereka terpaksa belajar secara atas talian di rumah masing-masing. Dapat dilihat, ‘front – front’ mahasiswa telah menjadi tulang belakang siswa-siswi dalam menyuarakan hak mereka kepada pentadbiran universiti. Oleh itu, selaku wakil kulliyyah saudara Azman dan Faiz sangat berpuas hati dengan usaha yang dilakukan mereka dalam membantu menyuarakan hak siswa dan siswi.

Student Union merupakan wadah pertama penyampai maklumat kepada siswa dan siswi. Sudah tentu, pimpinan kulliyyah akan berusaha sehabis baik untuk memastikan semua pelajar kulliyyah masing-masing sentiasa peka dengan pengumuman dan info-info terkini daripada Student Union.

Oleh yang demikian, Saudara Azman telah berkongsikan usaha beliau bersama tim Enginius dalam menyampaikan maklumat tersebut. Mereka berkongsikan maklumat-maklumat tersebut melalui media sosial dan juga ‘group-group WhatsApp’ yang sedia ada. Saudara Azman menyatakan perasaan bangganya terhadap rakan-rakan kulliyyah kerana hikmah wabak pandemik ini telah mengubah sikap rata-rata pelajar terhadap kecaknaan rakan-rakan di rumah dan keadaan semasa kampus.

Tidak kurang juga, tim ICTSS dan Saudara Faiz pula akan menyebar terus maklumat daripada media sosial Student Union Official ke semua akaun media sosial KICT. Selain itu juga, jika terdapat sebarang persoalan daripada para pelajar, tim KICT akan bertindak segera dengan menyediakan 3 perkhidmatan ‘hotline’ (public relation, welfare dan academic) Jika terdapat sebarang persoalan boleh terus bertanya di nombor tertera untuk memudahkan pelajar sendiri. Mereka juga telah menubuhkan ‘group’ pimpinan dengan hotliner untuk berbincang bersama tentang pengurusan.

Menutup wawancara kali ini, presiden dari kedua-dua kulliyyah sangat menitik beratkan tentang ukhuwah. Dalam apa jua keadaan sekalipun hubungan antara barisan kepimipinan perlu dijaga dengan baik. Sekurang-kurangnya mereka akan bertanya khabar sesama mereka kerana setiap cabaran pasti akan dihadapi bersama. Semoga apa yang dibawakan ini menjadi satu legasi yang baik di masa hadapan.

Daily Kampus – Portal Mahasiswa Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *