18 Ogos – Tepat jam 8 pagi pada besok hari pendaftaran mahallah secara atas talian atau ‘Mahallah Online Room Registration ‘(MORR) untuk semester 1,2019/2020 akan dibuka semula menurut kenyataan rasmi terkini daripada Majlis Koordinasi Perwakilan Mahallah (MRCC) [ https://www.facebook.com/485087294929043/posts/2036075393163551/]. Perubahan polisi pelaksanaan MORR daripada pendaftaran mengikut tahun pengajian kepada pendaftaran semua pelajar sekali gus telah mencetuskan pelbagai reaksi pelajar UIAM. Laman sosial Facebook dan Twitter antara ‘tempat persidangan’ hangat mereka.
Reaksi awal pelajar terhadap perubahan polisi ini telah mendapat respon positif daripada MRCC. MRCC mengambil inisiatif mengadakan borang kaji selidik dan perbincangan dua hala bersama Pengarah Jabatan Penempatan dan Perkhidmatan atau ‘Residential and Services Department’ (RSD) telah diadakan. Antara justifikasi perubahan sistem yang diberikan RSD adalah memastikan kesamarataan hak kepada pelajar tanpa mengira tahun pengajian mereka. [ https://www.facebook.com/485087294929043/posts/2022929461144811/ ]
Turut menambah kehangatan ‘persidangan’ adalah berita atas angin seperti terdapat perwakilan mahallah dari kalangan pelajar (MRC) sendiri yang mengutarakan cadangan perubahan sistem ini, nasihat agar pelajar bersabar atau berpindah universiti sahaja serta kekeliruan masa pelaksanaan pendaftaran pada laman MORR.
Dengan kenyataan rasmi daripada MRCC yang merupakan badan paling berautoriti dalam isu ini dan sokongan daripada Majlis Perwakilan Pelajar UIAM (SRC) serta gabungan persatuan yang mewakili Kulliyah (KBS) , pelajar dilihat sudah mula menutup mulut.
Beberapa penegasan yang telah diberikan oleh badan-badan yang mewakili suara pelajar seperti We Unite for Islam (WUFI), Kelab Wawasan Club IIUM dan Kelab Harmoni serta ‘Students’ Democratic Alliance’ (SDA) juga memainkan peranan penting. Berikut ‘link’ kenyataan rasmi yang dapat diikuti:
https://www.instagram.com/p/B1KycwfHvxJ/?igshid=6psvgwzw71vz
https://www.instagram.com/p/B1IpdODg9f0/…
https://www.instagram.com/p/B1JWxK5A25k/?igshid=gvsf6npi9pm7
https://www.facebook.com/974450069409984/posts/1145610492293940/
WUFI dengan lantang menyuarakan kekecewaan atas beberapa siri perubahan polisi yang membabitkan hal ehwal pelajar seperti isu botol mineral atau ‘plastic campaign’, sistem pendaftaran subjek atas talian dan cadangan Presiden UIAM untuk menukar arca Keris kepada ‘Qalam’ dikatakan tidak mengambil kira pandangan pelajar.
Selain itu, Kelab Wawasan juga senada bersama SDA dan persatuan pelajar yang lain dalam menyentuh soal penambahbaikan capaian internet yang dikatakan telah diambil kira melihat kepada adanya kerjasama RSD dan ‘Information and Technology Development’ ( ITD).
Justeru, rentetan daripada kekecewaan demi kekecewaan ini, pelajar UIAM mengharapkan pihak pentadbiran universiti tidak memandang sepi rungutan pelajar.
