DATO’ DR. DAUD BAKAR SEBAGAI PRESIDEN UIAM YANG SAH
12 Julai – Bekas pensyarah dan Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) UIAM, Dato Dr. Daud Bakar dipilih sebagai Presiden baharu Universiti Islam Antarbangsa Malaysia.
Pelantikan untuk tempoh tiga tahun ini diperkenan oleh Ketua Perlembagaan UIAM, Raja Pemaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada 1 Julai yang lalu.
Beliau yang memegang ijazah dalam bidang Syariah di University of Kuwait pada 1988, PhD dari University of St. Andrews, United Kingdom pada 1993 dan Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens di Universiti Malaya pada 2002 kini juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Pemegang Amanah Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).
Dr. Mohd Daud merupakan Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Amanie Group. Beliau mempunyai pengalaman yang luas di peringkat antarabangsa. Beliau dinobat sebagai salah seorang 5 penasihat Shariah terkemuka di dunia dan pernah dianugerahkan gelaran Tokoh Perdana Anugerah Maulidur Rasul oleh Yang di-Pertuan Agong sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan 2014.
Ucapan setinggi-tinggi tahniah kami ucapkan atas pelantikan beliau sebagai Presiden UIAM yang ke-8 kali ini.
Semoga dengan perlantikan ini dapat meneruskan lagi kesinambungan kecemerlangan dan tahap pencapaian prestasi UIAM sebagai universiti berprestij di mata dunia.