SALAM AIDILFITRI 1442H : AIDILFITRI ITU BERSYARAT

Jika diteliti maksud Aidilfitri yang sebenar gabungan dua perkataan iaitu Aid dan Fitr. Perkataan Aid (عید) berasal daripada `aud ( ٌعود) bererti ulangan. Ia menjelaskan sama ada hari raya itu berulang pada setiap
tahun, atau kegembiraannya berulang setiap kali menjelang hari raya atau banyaknya nikmat Allah s.w.t dikurniakan kepada hamba-hambaNya pada hari raya tersebut.

Fitr pula membawa maksud fitrah. Fitrah di sini bermaksud hari kembalinya kesucian kepada kita. Ia bermaksud kita dahulunya berasal daripada seorang yang suci daripada noda dan dosa iaitu di waktu kita dilahirkan. Di dalam melalui perjalanan kehidupan tentulah ada sedikit sebanyak terpalit dosa dan kesalahan. Maka dengan hadirnya Aidilfitri, ia seolah-olah mengembalikan kita kepada fitrah atau kesucian buat kali kedua dengan terhapusnya dosa rentetan ibadah puasa yang telah dilakukan sepanjang
bulan Ramadan.

Sabda Nabi s.a.w:
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu (Riwayat al- Bukhari)

Kita perlu menyedari bahawa Aidilfitri yang disambut saban tahun tidak bermakna apa-apa jika tahap ibadah kita pada bulan Ramadan tidak ada rasa kehambaan kepadaNya. Jangan pula kita mengejar nikmat berhari raya sehingga kita melupakan syarat berhari raya itu sendiri iaitu pelaksanaan ibadah yang sempurna kepadaNya. Sentiasalah jaga diri dan patuhi SOP yang telah ditetapkan. Sama-sama kita jaga!

Semoga Aidilfitri ini memberikan kita keberkatan dan ganjaran pahala besar di sisi Allah s.w.t sama seperti apa yang kita harapkan pada bulan Ramadhan ini.
تقب الله منا ومنكم.

13 MEI 2021 | 1 SYAWAL 1442H

DAILY KAMPUS – PORTAL MAHASISWA ANDA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *