Salam Maulidurrasul 1442H

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

“Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (QS Ali Imran : 31).
.
Antara syarat meraih cinta Allah adalah mencintai RasulNya. Persoalannya, bagaimana kita hendak mencintai baginda Nabi S.A.W., walhal kita tidak pernah bertemu mata dengan sosok tubuh yang digelar Kekasih Allah ini? Bagaimana caranya mengikut Nabi?
=========================

4 TIPS MEMUPUK CINTA TERHADAP NABI MUHAMMAD S.A.W.

1️⃣ SIAPAKAH MUHAMMAD BIN ABDULLAH?

Sirah Nabi Muhammad SAW menghidangkan kita sejambak contoh utama bagi seorang pemuda yang waras, peribadinya yang dipercayai orang, seorang manusia yang lemah-lembut dan bersopan-santun, seorang pejuang yang mengorbankan sepenuh usaha dan tenaga demi menyebarkan luaskan seruan Allah, seorang ketua negara yang mengemudi bahtera pemerintahan dengan cekap dan bijaksana, seorang suami yang halus pergaulannya, seorang bapa yang teliti dan arif dalam menyempurnakan kewajipan terhadap ahlinya, seorang ketua turus agung peperangan yang cergas, penuh dengan taktik dan strategi perangnya dan seorang Muslim yang waras lagi cerdik membahagikan dedikasinya kepada Allah, keluarga dan sahabat.
.
Tidak syak lagi bahawa mempelajari sejarah hidup Muhammad SAW ialah memahami segenap sudut kemanusiaan.
Maka tidak hairanlah mengapa Allah menjadikan Muhammad SAW itu sebagai contoh kepada umat manusia.
.
Justeru, Allah telah pun menegaskan dalam Kitab SuciNya yang bermaksud: “Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu contoh yang paling baik untuk (menjadi ikutan) kamu”. (Al-Ahzab 33:21)

2️⃣ MEMPELAJARI AL-QURAN DAN SUNNAH

Belajar Al Quran, istiqamah membacanya dan memahami maknanya. Demikian juga belajar sunnahnya, mengajarkannya dan mencintai ahlinya. Imam Al Qadhi Iyaad rahimahullah menyatakan: Antara tanda-tanda mencintai Rasulullah adalah mencintai Al-Quran yang diturunkan kepadanya dan Baginda saw mengambil petunjuk dan membimbing (manusia) dengannya serta berakhlak dengannya sehingga A’isyah menyatakan:

كَانَ خُلُقُهُ الْقُرْآنَ
“Sesungguhnya Akhlak Baginda saw adalah Al Quran”. [HR Imam Ahmad].

Melaksanakan sunah Nabi memiliki keistimewaan dan memberi kebahagiaan tersendiri. Selain merasa dekat dengan Nabi, secara saintifik, sunnah-sunnah Nabi juga memberi kesan yang baik untuk kesihatan.
.
Contoh yang paling mudah adalah minum dengan tiga kali tegukan dan elakkan bernafas dalam bekas minuman. Setiap kali berhenti minum hendaklah diarahkan pernafasan ke tempat lain.
.
Dari Abu Qatadah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika kamu minum maka janganlah bernafas dalam bekas air minumnya.” (HR. Bukhari dan Muslim r.a.)

3️⃣ HIDUPKAN SUNNAH

Nabi SAW sering meminum dengan tiga kali teguk, sambil bernafas di luar gelas dan mengucapkan ‘Alhamdulillah’ antara tiga kali tegukan. Baginda SAW juga akan teruskan minum dengan setiap tegukan diselangi bernafas di luar gelas sehingga habis.
.
Anas bin Malik r.a. berkata; Baginda SAW bersabda: “Sungguh, ini lebih mengenyangkan, menyembuhkan, dan menyegarkan”. (HR Bukhari dan Muslim)

4️⃣ LAZIMI SELAWAT

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa selawat yang kita bacakan buat Nabi akan disampaikan kepada Baginda sendiri. Dalam erti kata lain, baginda tahu kita berselawat.

وَصَلُّوا عَلَيَّ فَإِنَّ صَلَاتكُمْ تبلغني حَيْثُ كُنْتُم
Dan berselawatlah ke atasku. Sesungguhnya selawatmu itu akan sampai kepadaku di mana jua kamu berada,” (Sunan Abu Daud – dinilai sanad yang Sahih oleh Ibn Hajar)
.
Malah mereka yang memperbanyak selawat ke atas Baginda akan dimuliakan di sisi Allah pada hari Akhirat kelak.

أولى النَّاس بي يوم القيامة أكثرُهم عليَّ صلاةً
“Manusia yang paling utama di sisiku di hari akhirat kelak adalah yang paling banyak berselawat ke atas ku,” (HR al-Tirmizi – dinilai Hasan)
.
Selawat ini mudah dan mengambil masa beberapa saat sahaja.
.
Andai dilakukan hitungan kasar, 1 saat= 1 kali selawat. 60 saat= 60 kali selawat. Ganjarannya pula berganda. 60 kali x 10 ganjaran= 600 ganjaran. Subhanaallah, kasih Allah kepada hambaNya.
.
Di sini kami kongsikan beberapa selawat untuk diamalkan bersama!

🔹 اللَّهُمَّ صَلِّى صَلاتًا كَامِلَةً، وِسَلِّمْ سَلَامًا تَآمًا عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الَّذِي تَنْحَلُّ بِهِ الْعُقَدُ، وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْقُرَبُ، وَتُقْضَى بِهِ الْحَوَآئِجُ، وَتُنَالُ بِهِ الرَّغَآئِبُ، وَحُسْنُ الْخَوَاتِيمِ، وَيُسْتَسْقَى الْغَمَامُ بِوَجْهِهِ الْكَرِيْم، وَعَلَى اَلِهِ وصَحْبِهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَكَ

🔹 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدنَا مُحَمَّد صَلَاةً تُوَسِّعُ بِهَا عَلَيْنَا الْأَرْزَاقَ وَتُحَسِّنُ بِهَا لَنَا الْأخْلَاقَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارِكْ وَسَلِّمْ

Kami daripada pihak Daily Kampus ingin mengucapkan Salam Maulidurrasul kepada seluruh umat Islam. Semoga dengan memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW ini, ia dapat semakin mendekatkan kita dengan Allah dan meningkatkan keimanan dalam diri setiap daripada kita.

Daily Kampus – Portal Mahasiswa Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *