Selamat Hari Raya Aidilifitri al-Mubarak

بسم الله ثم الحمدلله.
Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan mereka yang mengikuti jejak langkahnya.

Terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadhan, maka bermulalah Syawal yang pertama. Hari kemenangan ini, setelah kita berhempas pulas menahan hawa nafsu dan berusaha untuk menyucikan fitrah insani, perlu diraikan dengan penuh syukur dan mengikut contoh tauladan terbaik kita, Nabi Muhammad SAW.

Tiada salahnya kita bergembira dengan kedatangan Syawal kerana Islam juga membenarkan kita untuk berhibur di hari perayaan yang tertentu namun perlulah berhati-hati agar tidak terlalu berlebihan sehingga boleh merosakkan amalan baik kita.

Berikut merupakan antara adab menyambut hari raya Aidilfitri.

1) Bersegera ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri

2) Sunnah melalui jalan yang berbeza ketika pergi dan balik daripada masjid

3) Sunnah untuk makan sedikit sebelum pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri.

4) Mandi, memakai pakaian baru (atau bersih) dan bau-bauan.

5) Saling mengucapkan doa antara satu sama lain.

“تقبل الله منا ومنكم”

(Semoga Allah menerima daripada kami dan daripada kami)

Namun, dalam keriangan kita meraikan kedatangan Syawal perlulah berpada-pada agar tidak melakukan kesilapan yang boleh mencemarkan kesucian bulan yang mulia ini. Antara kesilapan yang sering berlaku adalah :

1) Tidak mengambil peluang untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

2) Berpakaian yang tidak menutup aurat dan mencolok mata (tidak mengikut garisan Shariah)

3) Memasang lagu raya yang berlebihan dan kurang sopan sehingga mengabaikan zikir mengingati Tuhan.

4) Mengabaikan tuntutan solat fardu disebabkan ingin memenuhi undangan raya dari rumah ke rumah.

5) Meraikan hari raya sehingga tidak berusaha untuk mengejar pahala puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal.

Terakhir sekali, kami di pihak DailyKampus ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.

تقبل الله منا ومنكم
كل عام وأنتم بخير

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *