Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia Yang Ke-63

63 TAHUN USIA KEMERDEKAAN MALAYSIA ðŸ‡²ðŸ‡¾

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Selamat Hari Merdeka kali ke-63, Malaysia. ðŸ‡²ðŸ‡¾

Di atas robohan kota Melaka,
Kita dirikan jiwa merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
(Almarhum Burhanuddin al-Helmi, Disember 1946)

🔹Memelihara Kemerdekaan
Mengingat kembali, ucapan Almarhum Burhanuddin al-Helmi, salah seorang penegak agama dan pejuang bangsa tanah air ini, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menjadikan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan sebagai hari memperkemas nilai perpaduan antara kaum. Sebagai masyarakat pasca merdeka, rakyat Malaysia tidak mengira kaum, status sosial dan warna kulit, terhutang budi atas jerih perih yang telah dilalui pejuang kemerdekaan tanah air.

Tuhan telah menjadikan mereka wasilah atas kebebasan yang kita nikmati hari ini. Lantaran itu, sambutan hari kemerdekaan ini tidak lain tidak bukan untuk memperingati jasa mereka dan mendidik generasi seterusnya dalam memastikan hirup udara anak bangsa di tanah merdeka ini tidak akan dirampas kembali.

🔹Tema Malaysia Prihatin
Pada tahun 2020 ini, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedikit sebanyak menyedarkan rakyatnya bahawa hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang, lebih baik di negeri sendiri. Kerjasama yang dilaksanakan bagi membendung penularan Pandemik Coronavirus antara pemimpin dan rakyat serta barisan hadapan telah banyak membuka mata kita bahawa perpaduan adalah kunci keamanan.

Walaupun Covid-19 ini telah membataskan pergerakan fizikal dan sempadan geografi tetapi Malaysia terus dipuji atas kecekapan menangani wabak ini bagaikan aur dengan tebing. Kerajaan menyalurkan bantuan bencana. Kerajaan pula dibantu oleh pertubuhan bukan kerajaan dan pejuang hak asasi manusia. Tema Malaysia Prihatin yang dipilih pada tahun ini menjadi sangat dekat di hati dan mudah difahami setiap lapisan masyarakat.

🔹Anasir jahat sentiasa wujud
Dalam sibuk kita berbicara soal perpaduan rakyat, tidak juga kita nafikan sebilangan kecil atau minoriti rakyat Malaysia yang telah menyemarakkan api permusuhan. Pelbagai isu timbul apabila pemimpin atasan sendiri meraih populariti melalui tindakan tidak tepat mereka. Anasir jahat sentiasa wujud untuk menjatuhkan negara, hanya sahaja pengurusan kerajaan dan kerjasama rakyat menentukan ia bertambah parah atau semakin harmoni.

Memetik ucapan Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr. Hussamuddin Yaacub,

“Untuk pastikan anak cucu hidup aman damai, perlu ada semangat dan keberanian untuk mengubah sesuatu yang telah lama silap. Perlu ada keberanian dan kemahuan politik. Mana-mana organisasi ekstremis harus disenyapkan. Majoriti rakyat akan menyokong kerana rakyat cintakan keamanan.”

Selain itu, rakyat Malaysia yang jumlahnya telah mencecah 37 juta menjelang tahun 2020 mestilah mencari kekuatan rohani. Rancangan My #Qurantime yang bersiaran di TV AlHijrah antara yang menjayakan misi perpaduan ini. Kekuatan rohani ini akhirnya dapat membawa kesatuan yang memerdekakan kita daripada segala bentuk penjajahan. Pihak Daily Kampus ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke-63 buat Malaysia dan seluruh rakyatnya. ðŸ‡²ðŸ‡¾

Daily Kampus – Portal Mahasiswa Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *