SEMBAH TAHNIAH! Ketua Perlembagaan UIAM

::: RAJA PERMAISURI AGONG, KETUA PERLEMBAGAAN UIAM: TUGAS DAN PERANAN :::

Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj merupakan Raja Permaisuri Agong ke-16 dan Tengku Ampuan Pahang yang ke-5.

Tunku Azizah merupakan wanita pertama yang dilantik pada 17 Jun 2019 sebagai Ketua Perlembagaan (Canselor) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menggantikan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Jawatan tersebut berkuatkuasa pada 12 April 2019 bagi tempoh lima tahun.

Antara tugas Ketua Perlembagaan ialah:

1) Ketua Perlembagaan hendaklah mempunyai kuasa tersebut dan melaksanakan tugas seperti yang dinyatakan dan ditetapkan kepadanya berdasarkan perlembagaan, statut, peraturan atau perundangan.

2) Ketua Perlembagaan boleh melantik Presiden setelah diberitahu oleh Ketua Ahli dan Kabinet akan meneruskan pelantikan tersebut secara formal dengan serta merta.

2.a) Perlantikan presiden di bawah Peraturan 2 perlulah mendapat kelulusan calon daripada Ketua Ahli.

3) Ketua Perlembagaan hendaklah mempengerusikan acara konvokesyen universiti dan sekiranya ketua perlembagaan tidak dapat hadir disebabkan alasan tertentu, maka presiden atau rektor boleh mengambil alih tugas tersebut (merujuk kepada Akta kolej dan universiti).

4) Ketua Perlembagaan boleh menyerahkan peranannya kepada Presiden di bawah Peraturan 3 (merujuk kepada Akta kolej dan universiti).

5) Ketua Perlembagaan boleh mengundang/ menjemput:
a) Ketua negara yang terdiri daripada ahli atau kerajaan
b)Mana-mana tetamu kehormat yang mewakili ahli
c) Mana mana individu yang perlu/layak

untuk mengetuai konvokesyen di universiti.

Moga dengan pelantikan ini UIAM bakal melakar lebih kejayaan. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *