::: STUDENT UNION : MAHASISWA UIAM SEDAR ATAU TIDAK? :::
1. Tanggal 10 Oktober 2019 merupakan tarikh keramat buat semua pelajar UIAM apabila legasi kepimpinan ‘Persatuan Perwakilan Pelajar UIAM atau Student Representative Council 2018/2019 IIUM’ sudahpun berakhir dan struktur kepimpinan ini akan berkubur secara total.
2. Namun, bersemadinya legasi kepimpinan tersebut merupakan indikator kepada transisi ke arah legasi lain yang lebih holistik termasuk aspek pembinaan jati diri negara ini yang berani, tegas dan lantang . Tak lain tidak bukan, ” IIUM Student Union” yakni Kesatuan Pelajar. Persoalannya, SEDARKAH mahasiswa UIAM dengan transisi baru ini?
3. Walaupun suasana sepanjang Mesyuarat Tahunan Agung SRC 1819 baru-baru ini, berlangsung dengan sangat tenang dan harmoni iaitu tiada provokasi dan yang menjatuhkan, namun kehadiran para pelajar tidak memberangsangkan. Auditorium utama sangat lengang daripada soalan daripada audiens dan bahangnya kurang dirasai. Bukankah ini menunjukkan prestasi dan kesedaran para pelajar sangat lemah? Bahkan ada beberapa ‘Student Leader’ yang dijemput tidak hadir ke mesyuarat agong tersebut.
4. Jika beginilah keadaannya, bersediakah kita ke arah ‘Student Union’ ini? Begitu berdegar-degar sebahagian ‘front’ memperjuangkan hak autonomi pelajar. Pihak ini bersungguh-sungguh mahu pelajar sendiri membentuk naratif dan pembawakan universiti tercinta ini. Bahkan ini adalah satu usaha memanifestasikan gagasan yang dibawa oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri. Moga ini bukan usaha SYOK SENDIRI oleh pihak-pihak tertentu.
5. Tahukah anda, kurang dari 3 bulan, PRK kampus berpaksikan rangka ‘Student Union’ akan berlangsung? Sejauh mana usaha memberi kesedaran tentang kepentingan mengundi, iaitu perlunya memilih pemimpin dalam keadaan ada pelajar yang lansung tidak kisah dengan hal ehwal mengundi ini (neutral). Peratusan mengundi untuk tenure SRC 1819 pun kurang 50%, inikan pula nak mengharapkan sambutan pelajar secara umum tanpa kuliyyah mana-mana untuk memilih Majlis Tertinggi untuk kepimpinan ‘Student Union’ akan datang.
6. Pada hari ini, akan berlangsungnya pelancaran Student Union ini di UIAM. Tak lain yang kita harapkan, moga para penggerak yang terlibat menjadikan pelancaran itu sebagai lidah penerangan yang efektif utk sebarkan kesedaran dan kefahaman tentang Student Union ini. Kesungguhan ini bukan untuk siapa-siapa pun, bahkan daripada pelajar kepada pelajar juga.