[Syabas dan Tahniah Kabinet Menteri Baharu Kerajaan Malaysia 2020]
Daily Kampus merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah atas pelantikan jemaah menteri bagi kabinet baharu kerajaan Malaysia di bawah parti gabungan, Perikatan Nasional (PN) yang berjaya dibentuk 23 Februari lalu.
Seramai 31 orang menteri termasuk timbalan menteri dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin (TSMY).
Antara keunikan dan ‘kejutan’ yang diterima rakyat setelah pegumuman tersebut adalah:
1) Jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak diumumkan sebaliknya empat menteri kanan telah dilantik bagi membantu melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri.
2) Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Ahmad Al-Bakri, mufti pertama yang dilantik menjadi Menteri Agama atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
3) Enam pemimpin negeri Sabah turut dilantik menyandang jawatan sebagai menteri dan timbalan menteri.
4) Pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kembali menyertai kabinet persekutuan selepas 43 tahun. Seramai lapan pemimpin telah dinamakan TSMY dengan tiga sebagai menteri, lima lagi sebagai timbalan menteri dan tiada yang dilantik sebagai menteri kanan.
5) Pemimpin yang dilantik terbukti integriti dan kewibawaan mereka berdasarkan rekod bersih daripada SPRM dan (PDRM).
Politik negara semenjak peletakan jawatan Tun Mahathir menjadi buah mulut dunia dan penantian rakyat. Pelantikan kabinet menteri yang terbaru ini diharapkan meredakan kerisauan rakyat dan kemelut dunia seperti Covid-19 yang meruncing dapat ditangani dengan baik.
Daily Kampus- Portal Mahasiswa Anda
#KabinetMalaysia2020
#Kabinetbekerja
#Cabinet
#Dailykampus
#PortalMahasiswaAnda