::: DATUK LEE CHONG WEI: PERAK UNTUK NEGARA, EMAS DI HATI RAKYAT :::
1. Datuk Lee Chong Wei lahir pada 21 Oktober 1982 ialah pemain badminton perseorangan yang telah menduduki tempat pertama di seluruh dunia selama 349 minggu dan ia juga termasuk coretan 199 minggu dari 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012.
2. Beliau ialah pemain Malaysia keempat selepas Rashid Sidek, Roslin Hashim dan Wong Choong Hann yang telah berjaya mencapai “ranking” no 1 pemain badminton: terbaik dunia selepas gelaran ini dipegang oleh Rudy Hartono pada 1980-an.
3. Antara pencapaian Datuk Lee Chong Wei sepanjang karier beliau sebagai pemain badminton adalah :
i. 5 pingat emas dan 1 perak dalam Sukan Komanwel
ii. 3 pingat perak dalam Sukan Olimpik
iii. 1 pingat perak dan 4 pingat gangsa dalam Kejohanan Piala Thomas
iv. 3 pingat perak dan 1 pingat gangsa dalam Kejohanan Badminton Dunia
v. 1 pingat perak dan 4 pingat gangsa dalam Sukan Asia
Setakat ini, beliau juga memegang rekod satu-satunya pemain Malaysia yang memegang kedudukan nombor satu pemain badminton paling lama di dunia.
4. Datuk Lee Chong Wei yang dilahirkan di Bagan Serai, Perak telah berjaya memenangi 705 kali acara dalam perlawanan.
5. Beliau telah berjaya menduduki tempat pertama jaguh badminton negara pada 29 Jun 2006.
6. Keputusan beliau untuk bersara daripada dunia sukan adalah disebabkan faktor kesihatan yang dialami. Beliau akui, cukup sukar baginya untuk melepaskan tanggungjawab yang dipikul beliau selama 15 tahun ini. Sebak dan mengalir air mata sewaktu beliau ditemu ramah oleh media berkenaan isu persaraan beliau turut disaksikan rakyat dan peminat sukan badminton khususnya.
7. Datuk Lee Chong Wei mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyokongnya selama ini.
8. Kami dari pihak Daily Kampus merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada jasa Dato Lee Chong Wei yang telah menjadikan Malaysia setaraf di peringkat global dalam arena sukan badminton.