Tahniah Datuk Seri Dr. Noor Hisham!

[TAHNIAH DATUK SERI DR. NOOR HISHAM!]

Tenang. Bersahaja. Bijaksana.

Antara tiga perkataan yang boleh menggambarkan peribadi Datuk Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia yang dinobatkan sebagai antara tiga doktor terbaik di dunia dalam mengendalikan situasi getir disebabkan oleh wabak COVID-19 ini. China Global TV Network telah menyenaraikan beliau bersama dua anggota kesihatan Amerika Syarikat, Dr. Anthony Fauci serta tokoh kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield.

Anggota kesihatan atau doktor sangat berperanan dalam menyampaikan maklumat yang sahih, tepat dan meyakinkan. Populariti ahli politik mahupun penggiat seni sudah hilang bisa ketika ini.

“A reassuring presence. Two months ago, hardly anybody knew who they were. Today, they have become household names and have been called heartthrobs, rockstars and national heroes on social media, print and TV” – Sebahagian petikan daripada artikel CGTN.

Siaran langsung Kementerian Kesihatan Malaysia jam 5 petang telah menjadi siaran wajib kepada seisi keluarga setiap hari sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Ia menjadi seakan ubat mujarab kepada keresahan rakyat akan penularan wabak Covid-19 apabila situasi terkini dibentangkan dengan angka, soalan wartawan dijawab lancar serta Dr. Noor Hisham tanpa jemu membuat ucapan penghargaan buat petugas kesihatan yang bertungkus-lumus mengharungi situasi kini.

Maka tidak hairanlah beliau mendapat jolokan “wira negara” dan “wajah paling dipercayai” serta disenangi oleh kumpulan anggota media dan wartawan. Komitednya beliau dengan tugasan dizahirkan juga melalui pengemaskinian status di laman Facebook beliau setiap hari.

Berbeza dengan peminat Dr. Noor Hisham, peminat Dr. Fauci dan Dr. Bloomfield, mereka lebih terkehadapan seperti melancarkan akaun para peminat dan petisyen agar diangkat sebagai tokoh negara. Moga rakyat Malaysia serta kerajaan berterusan memberi apresiasi dan penghargaan kepada para petugas kesihatan dalam bentuk moral dan material walaupun setelah negara pulih dari musibah ini.

Daily Kampus – Portal Mahasiswa Anda

Sumber:
https://news.cgtn.com/…/In-the-Spotlight…/index.html
https://permadumalaysia.blogspot.com/…/noor-hisham…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *