Tarikh Akhir Pembayaran Yuran Dilanjutkan

[Tarikh Akhir Pembayaran Yuran Dilanjutkan]

9 Febuari 2019 – Tarikh akhir pembayaran yuran dilanjutkan kepada dua minggu sebelum tempoh pra-pendaftaran bermula. Tarikh ini dilanjutkan berbanding tarikh akhir yang ditetapkan oleh Finance Division pada awalnya iaitu dalam tempoh sebulan selepas semester bermula.

Keputusan ini dicapai menerusi perjumpaan wakil SRC bersama Finance Division, di mana kebimbangan para pelajar berkaitan tarikh akhir pembayaran yuran sebelum ini disuarakan kepada pihak pentadbiran.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan SRC pada hari ini, bagi mana-mana pelajar yang berhadapan masalah untuk melangsaikan pembayaran yuran pada tarikh yang ditetapkan, mereka dinasihatkan untuk menyerahkan nama kepada SRC menerusi borang online yang akan dikeluarkan.

Menerusi kenyataan tersebut juga, SRC mengingatkan bahawa tujuan keputusan tersebut dicapai adalah untuk menggesa para pelajar supaya menyelesaikan pembayaran yuran dalam tempoh yang munasabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *