Terkini Tentang Mesir

Tanggal 18 Disember 2010,negara Tunisia bangkit mencatat sejarah sebagai negara pertama yang menyaksikan kebangkitan bangsa Arab yang dikenali sebagai Arab Spring. Kesannya merebak ke negara-negara Arab yang lain seperti Libya, Mesir, Yaman, Jordan dan lain-lain.

Mesir antara yang mengalami perubahan sosial yang signifikan. Gelombang revolusi rakyat yang dilakukan di Lapangan Tahrir (Tahrir Square) telah melibatkan semua kelompok rakyat dan akhirnya dapat menumbangkan rejim yang berkuasa, Hosni Mubarak. Inilah Revolusi Jilid I, yang mereka sebut Revolusi 25 Januari 2011.

Rentetan itu, Hosni Mubarak tumbang dan kemudian ditahan di Penjara Torah di Kairo.Lalu langkah Arab Spring di Mesir dilanjutkan dengan proses demokrasi. Maka muncullah berbagai parti politik dan diselenggarakan pilihanraya yang dipandang sebagai proses demokrasi.

Ikhwanul Muslimin, yang mengalami penindasan politik pada masa pemerintahan Mubarak, dengan izin Allah berjaya memenangi piliharaya tersebut dan menjadi penguasa baru di Bumi Kinanah itu. Namun demikian, presiden yang terpilih secara demokrasi Muhammad Mursi gagal melakukan konsolidasi politik. Hal ini dimanfaatkan oleh golongan pembangkang yang didukung oleh tentera untuk mewujudkan Revolusi Jilid II, yang mereka sebut Tamarrud, 30 Jun 2013.

Presiden Morsi tumbang dalam tempoh yang agak singkat pemerintahannya, kemudian dikudetakan oleh tentera dengan alasan demi menjaga kestabilan negara. Jeneral Abdel Fatah As-Sisi, yang sebenarnya diangkat oleh Morsi untuk menumpang kekuasannya yang pro Islam, telah menunjukkan wajah aslinya sebagai tentera binaan AS yang akan terus menjaga kepentingan AS di negara yang bersempadan langsung dengan Israel ini.Dengan manipulasi demokrasi yang dilakukan, Jeneral As-Sisi kini mengukuhkan dirinya sebagai diktator baru di bumi Mesir.

Terkini Tentang Mesir

Mahkamah Mesir menangguhkan keputusan dan hukuman hari ini dalam perbicaraan kes bekas Presiden, Mohamed Morsi, yang dituduh mengintip untuk Qatar. Dalam satu kenyataan ringkas yang disiarkan di televisyen, ketua hakim mahkamah jenayah berkata, keputusan itu ditangguhkan ke 7 Mei ini untuk meneruskan rundingan.

Lebih menyedihkan kita semua,jika disabitkan kesalahan, ia akan menjadi hukuman keempat ke atas Morsi. Dia sudah dihukum dalam tiga perbicaraan berasingan yang masing-masing membawa hukuman mati, penjara seumur hidup dan penjara 20 tahun.

Perlu kita ketahui, Qatar adalah satu daripada penyokong utama Morsi dan Mesir menuduh negara itu menyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin yang diharamkan. Morsi, presiden pertama dipilih negara itu, belum sempat menamatkan tahun pertama pentadbiran apabila digulingkan tentera yang menahannya pada Julai 2013.

Morsi dan 10 defendan lain dituduh membocorkan dokumen sulit kepada Qatar. Ia didakwa mengandungi rahsia “keselamatan negara” dan dituduh bertukar tangan dengan perisikan Qatar untuk jutaan dollar.

Dunia akhir zaman menyaksikan kemenangan sentiasa berpihak kepada kebatilan. Lantas manusia semakin keliru, antara kebenaran dan kebatilan. Kebenaran terus menerus dikaburi,manakala kebatilan jua yang terlihat benar, kecuali bagi mereka yang mengkaji dan celik sejarah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *