Tips Memulakan Persahabatan

Selalu sangatkan kita akan rasa kekok apabila bertandang ke tempat baharu? Lebih-lebih lagi apabila kita tak pernah mengenali walau satu wajah orang yang kita temui di tempat baharu tersebut.
Dan selalu sangatkan kita rasa ingin memulakan langkah untuk mengenali seseorang dengan lebih mendalam, tetapi kebuntuan cara untuk menyapa dan bercakap dengannya..


“Buntunya!! Nak bercakap, nak mula bertanya, rasa malu dan kekok semacam! Tapi kalau tiada kawan yang boleh diajak bersembang dan berbincang, sukar pula nak membawa diri di tempat baharu ni nanti!”
Ha, pernahkah anda mengalami situasi begitu?


Jangan gelabah dulu. Kat sini, kami akan kongsikan kepada anda tips-tips yang anda boleh cuba untuk memulakan sesuatu persahabatan (boleh rujuk dalam gambar).
Kebiasaannya apabila anda dah berjaya melalui lima fasa tersebut, anda akan rasa lebih selesa untuk bercakap dengan mereka.


Langkah seterusnya yang anda boleh lakukan untuk lebih rapat ialah kongsikan kegemaran atau minat anda. Sekiranya mereka bercerita tentang minat mereka yang berbeza dengan anda, tahan diri daripada membuka cerita tentang diri anda sahaja, elakkan diri anda daripada kelihatan seperti ingin menguasai perbualan dan banyakkan mendengar. Sekali lagi dalam keadaan ini, penting untuk anda menunjukkan bahasa tubuh yang menunjukkan anda mendengar dengan penuh minat terhadap apa yang mereka kongsikan.
Selain itu, orang yang anda baru kenali akan lebih senang dengan anda sekiranya anda memberikan kerjasama yang baik dan ringan tulang untuk membantu mereka. Sekiranya anda disuakan dengan sesuatu pemberian atau pertolongan pula, ucapkan kata-kata penghargaan kepada mereka.


Tips yang terakhir yang ingin dikongsikan adalah tips terpenting sebelum anda memulakan sesuatu persahabatan. Iaitu membina ‘mindset’ anda.
Jangan terlalu merendah diri sekiranya anda melihat personaliti mereka yang lebih menarik atau hebat pada luaran. Sekiranya anda berfikir seperti itu, anda telah pun membina benteng di antara diri anda dan mereka. Keadaan ini akan lebih menyukarkan anda untuk rapat dengan mereka dan menjalinkan persahabatan bersama mereka. Yakinkan diri anda, anda juga mempunyai sisi yang hebat dan menarik.


Sebagai penutup, tips-tips di atas kelihatan seperti usaha kecil dan biasa, namun, ianya benar-benar akan memberikan impak yang baik dalam membina hubungan persahabatan. Seperti suatu pepatah Inggeris, “small gestures mean a lot”.
Selamat mencuba!


PS: Rasanya belum terlambat untuk kami, Team DK, mengucapkan tahniah dan Selamat Datang ke UIAM buat adik-adik di asasi Gambang yang baru memulakan pengajian. Tahniah juga buat rakan-rakan yang akan mendaftar masuk ke kampus utama bagi pengambilan bulan Oktober nanti. Selamat datang ke Taman Ilmu dan Budi! 😊

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *