UIAM Terima Anugerah National Energy Awards (NEA) 2020

Gombak, 21 Nov – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah menerima anugerah khas bagi National Energy Awards (NEA) 2020 Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) . Selain itu, Politeknik Merlimau Kampus dan Tm Node Bandar Tun Razak turut juga memenangi anugerah yang sama di bawah kategori Energy Performance Contracting (EPC).

NEA adalah satu majis anugerah tahunan untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang dan amalan-amalan terbaik di kalangan organisasi bagi memacu agenda tenaga lestari negara. Anugerah ini dianjurkan secara tahunan sejak 2018 sebagai sebahagian daripada inisiatif Kementerian bagi menggalakkan penggunaan tenaga boleh baharu dan amalan kecekapan tenaga di Malaysia.

KeTSA dalam kenyataannya berkata, anugerah tahunan itu dianjurkan bagi mengiktiraf pencapaian cemerlang dan amalan terbaik dalam kalangan organisasi bagi memacu agenda tenaga lestari negara selain menggalakkan syarikat dan organisasi mengurangkan jejak karbon dengan meminimumkan kebergantungan kepada tenaga elektrik yang dijana melalui bahan api fosil.

Moga dengan anugerah yang diterima ini, UIAM dapat menjadi salah satu model yang memberi inspirasi dan galakan kepada organisasi lain dalam mengadaptasi tenaga boleh baharu serta kecekapan tenaga.

Daily Kampus – Portal Mahasiswa Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *